Saturday, November 26, 2011

16 Hadis Rasulullah S.A.W Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda S.A.W., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.W.T., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.W.T, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.W.T., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Wallahu a'lam.

Kenapa nak pakai tudung?

Kenapa nak pakai tudung? Perlu ke?
Artikel ni i got from somewhere.
please read, to get to know more, gain knowledge and
for those who are not quite sure about wearing hijab this will help you make your decision. 
I hope . Insyaallah.

10 Alasan Paling Top Untuk Tidak Bertudung, Berhijab, Dan Menutup Aurat

1. Mereka jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama.
I said : Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka untuk berbuat kebaikan.Amin.

2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. 
I said : Be their friends and show them how comfortable you feel by wearing hijab.

3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?

4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer?

5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

6. Alasan seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.
I said : Let them know.

7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?

8. Lagi alasan bangang, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.

9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?

10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah

Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.

Wallahu a'lam

Maka Tak Perlu Sedu Sedan Itu


Jangan kau marah
Oh baby baby jangan kau marah
Jangan kau dendam
Marah sangat sampai tahap nak nanges?
no need.
Bersabar lah.
ok here the reason knape perlu bersabar.

Ganjaran Tiga Tahap Sabar
Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
Sabar itu ada tiga:
·
  • Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap masalah atau musibah yang menimpanya sebaliknya menerima dengan redha musibah itu. Maka Allah S.W.T mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dengan bumi.

  • Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan ibadah dengan taat dan menanggung kesukaran ketaatan itu, maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.

  • Barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan perbuatan maksiat, Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy. Dia adalah mahluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya adalah paling tinggi.
p/s : bersabarlah. sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. dan tak rugi apa pun kalau bersabar ye tuan tanah =D.

Wallahu a’lam

Wednesday, November 23, 2011

Jangan pandang belakang


Assalamualaikum ...
Kes ni berlaku Kadang-kadang je
dan tak semua orang akan melalui benda macam ni
sesetengah orang ada kisah silam dorang
but it's okay
not everyone is perfect
people do mistake
kita bukan nabi atau malaikat

so bila you dah pilih jalan untuk berubah ke arah kebaikan
bawak-bawak la tinggalkan benda-benda yang dah selalu buat masa dolu-dolu
jangan pandang belakang lagi

i know it may be hard
but kata orang
 do it slow-slow
bila dah biasa lama-lama ia akan jadi sebati dengan diri kita
mula-mula mungkin akan rasa panas la bagi yang baru mula nak menutup aurat
tapi lama-lama akan jadi biasa
yang penting jangan mudah berputus asa dan nak balik kepada yang dulu-dulu lagi
InsyaAllah boleh.
Amin

Dont ever look back - when you've decide - walk straight ahead dear.


Wallahu a’lam
keep smiling

Tuesday, November 22, 2011

Bersabarlah Wahai Hati



Kadang- kadang perasaan sayu lagi pilu akan datang dengan sendiri
ia datang tanpa dijemput
membuatkan kita rasa sangat down
rasa nak nanges
rasa macam-macam
tak boleh nak cakap macam mana

masa-masa macam ni lah
makhluk yang bernama syaitan akan merasuk fikiran dan hati kita
sampai ada hati yang kecundang
ada yang akan fikir
" dunia ni tak adil. kenapa mesti aku?"
"asyik-asyik aku je yang dapat masalah macam ni. kenapa tak orang lain je? haishh"
"benci lah. rasa macam tak nak hidup dah"

Astaghfirullah-al'azim
Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Sesungguhnya everything happens for a reason

mungkin dengan ujian itu, ia boleh mendekatkan lagi kita dengan Allah.

Ya Allah...
Janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk kepada kami,
Jangan biarkan kami tersesat dengan jalan yang kami pilih,
Berkatilah kehidupan kami,
Ya Allah.

Allah turunkan hujan, untuk berikan kita pelangi.
Bersangka baik lah.
Bersyukur lah.
Bersabarlah wahai hati.
Kejayaan yang diperoleh dengan menempuhi ranjau duri
adalah lebih manis untuk dikecapi.

Wallahu a’lam
Be positive - think positive - keep smiling dear.

Thursday, November 17, 2011

Nak Hisap Rokok lagi ke?


Kalau macam ni la gaya nya
memang x nak hisap rokok terus dah kan.
Mesej yang baik + lucu.
Baru lah serik nak hisap rokok kan.
btol tak. hmmm
MySpace
Ingat tu kawan-kawan.
ku plak yang buat iklan kat sini.

Wallahu a’lam
Be positive - think positive - keep smiling dear.

Merokok kah anda ?

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis: Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis: Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi: “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

Dipetik dari laman sosial Facebook ...

‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar 


p/s : It's never too late too change. Love yourself and people around you.
 MySpace