Saturday, November 26, 2011

Maka Tak Perlu Sedu Sedan Itu


Jangan kau marah
Oh baby baby jangan kau marah
Jangan kau dendam
Marah sangat sampai tahap nak nanges?
no need.
Bersabar lah.
ok here the reason knape perlu bersabar.

Ganjaran Tiga Tahap Sabar
Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
Sabar itu ada tiga:
·
  • Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap masalah atau musibah yang menimpanya sebaliknya menerima dengan redha musibah itu. Maka Allah S.W.T mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dengan bumi.

  • Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan ibadah dengan taat dan menanggung kesukaran ketaatan itu, maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.

  • Barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan perbuatan maksiat, Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy. Dia adalah mahluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya adalah paling tinggi.
p/s : bersabarlah. sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. dan tak rugi apa pun kalau bersabar ye tuan tanah =D.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment